Daisypath Anniversary tickers

Nuffnang Ads

Thursday, September 3, 2015

Koleksi Tudung Online Terkini

~Assalamualaikum~ 
 
Ok arinie nk citer pasal tudung... Maklum la...dh jd mak2 nie payah benor nk pakai tudung fesyen2 nie... Paling truk pn capai je tudung instant tue...sarung kt pale...dh siap...hahaha.. Saya nie br anak sorg je...tp br nk belit lilit style hot2 skit mula la anak dh brbunyik...dok la ulang2 cpt la ibu...cpt la ibu... Aduii stress ibu diri dpn cermin tue... Br je nk melawa cm neelofar..huhuhu..
 
Tapi kalu korg perasan la... Fesyen tudung sentiasa berubah-ubah dari semasa ke semasa dan akan terus menjadi perhatian rata-rata wanita yang berhijab. Xkira la wanita berkerjaya or surirumah je... Still sumer xnk ketinggalan dlm fesyen tudung terkini nie... Fesyen2 tudung plak semakin lama semakin unik dan moden. Korg rasakan... apa la agaknya rekaan fesyen tudung online terbaru? Kalau dahulu fesyen tudung bawal dan fesyen satin shawl pernah menjadi fenomena yang melanda industri fesyen Muslimah tanah air, skrg nie plak koleksi tudung online terkini yang hot cm kt bwh nie... hah...komfem la korg tau nama tudung nie hahhh....


 



 
Nie tudung jenis instant shawl. Tudung jenis ini merupakan style tudung yang paling digemari ramai dan kita boleh lihat kini ramai peniaga juga turut menawarkan koleksi instant shawl dengan pelbagai penambahan perincian dan pengubahsuaian yang unik. Koleksi instant shawl nie ada yang tanpa inner dan ada instant shawl ber-inner. Terdapat juga aneka pilihan instant shawl daripada fabrik-fabrik yang berbeza seperti cotton, shiffon, satin dan lycra. Pastu ada gak yg plain...ada yang bercorak...ada yg diserikan dgn manik2 or sequin... Pendek kata, instant shawl memang win la... Dh la senang nk pakai...cantik menawan tertawan pulak tue...





Selain instant shawl, koleksi express hijab juga merupakan jenis tudung online yang masih digemari ramai wanita berhijab. Mcm yg saya cakap td la...mak2 nie xleh nk berdiri depan cermin lama2...kang ada je anak2 brbunyik...kalu anak x brbunyik...bapak2 plak dok perli sbb brjam2 hadap cermin tue... Huhu... Dan kita juga boleh lihat kini terdapat pelbagai rekaan express hijab yang menawan serta boleh didapati dalam aneka pilihan warna yang menarik. Terdapat juga rekaan express hijab yang direka dengan menutupi bahagian bawah dagu si pemakai dan membolehkan ia dipakai ketika solat.
 
Pendek kata skrg nie...tepuk dada tanya hati...mana satu pilihan ada... Yg penting skali apa pn fesyen tudung yg kita gayakan...make sure ianya menepati piawaian syariah..menutup aurat dgn sempurna... Bergaya mengikut syariat kan lebih manis... hehehe...